DJI bakal memperkenalkan satu lagi kamera kompak baru yang akan dikenali sebagai DJI Osmo Pocket 4P. Menariknya, peranti ini dijangka akan diperkenalkan secara global tidak kama lagi.
DJI Osmo Pocket 4P merupakan versi yang lebih tinggi atau lebih premium berbanding Osmo Pocket 4 yang diperkenalkan bulan lalu. Melalui perkongsian yang dibuat oleh DJI, Osmo Pocket 4P akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor kedua merupakan kamera telefoto.
Sensor telefoto ini menawarkan kemampuan sehingga 3x zum optik untuk memberikan pengalaman rakaman yang lebih versatil berbanding model standard. Osmo Pocket 4P akan turut dilengkapi dengan sensor utama 1-inci yang digunakan pada Osmo Pocket 4.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini berkemungkinan hadir dengan ActiceTrack terbina, skrin sesentuh, storan terbina 128GB dan menyokong gimba mekanikal 3-axis. Malangnya, tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk peranti ini. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.