Close

Sony Xperia 1 VIII bakal diperkenalkan pada 13 Mei Ini

Sony secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu Xperia 1 VIIi pada 13 Mei 2026. Acara pelancaran tersebut akan berlangsung pada 11 pagi waktu Jepun.

Seiring dengan ketibaannya, Sony telah berkongsi teaser rasmi yang memperlihatkan terdapat tiga bulatan yang berkemungkinan rekaan modul untuk kamera yang akan digunakan pada peranti ini. Berbeza dengan rekaan modul kamera pada generasi sebelumnya yang disusun secara menegak.

Selain itu, peranti ini dijangka hadir dengan rekaan yang lebih lebar dan lebih tebal berbanding model sebelumnya. Cip andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 berkemungkinan akan dimuatkan pada peranti ini.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak, jadi sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN