Close

Shopee naikkan caj komisen – Berkuat kuasa 21 Mei

Shopee mengumumkan kenaikan caj komisen untuk penjual yang akan berkuat kuasa bermula 21 Mei 2026.

Menurut Shopee, pelarasan semula caj komisen ini melibatkan semua penjual Shopee Marketplace. Kenaikkan caj tersebut akan dikenakan bergantung kepada jenis atau kategori produk.

Antara produk yang terkesan dengan kenaikan ini adalah Fashion, MCG dan gaya hidup. Untuk produk elektronik, tiada kenaikan bermaksud caj kekal seperti sebelum ini. Caj komisen hanya dikenakan kepada penjual Marketplace tempatan dan tidak terpakai untuk Shopee Mall dan penjual luar negara.

Ini merupakan kali kedua Shopee mengumumkan menaikan caj komisen untuk penjual. Sebelum ini, pada sekitar Januari dengan perlaksanaan bermula 1 Febuari 2026. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN