iQOO sebelum ini, telahpun mendedahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu iQOO 15T. Walaupun tarikh pelancaran belum diumumkan, namun spesfikasi peranti ini telahpun tertiris.

Dalam perkembangan terbaru, spesifikasi peranti tersebut telahpun tertiris. Sekaligus, mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Menurut laporan, iQOO 15T bakal hadir dengan skrin OLED jenis rata bersaiz 6.83-inci dengan resolusi QHD+.
Untuk fotografi, iQOO 15T akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Selain itu, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Dimensity 9500 dan dilengkapi dengan bateri 8000mAh yang menyokong pengecasan 100W
iQOO 15T berkemungkinan tiba pada penghujung bulan ini. Tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan ditawarkan secara global atau eksklusif untuk pasaran China sahaja.