Close

OPPO, HONOR dan vivo rancang perkenal fon lipat dengan skrin lebar

Beberapa pengeluar dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan fon lipat dengan skrin lebar atau ‘wide foldabels’.

Menurut laporan terbaru, OPPO, HONOR dan vivo dikatakan sedang menguji fon lipat dengan konsep yang sama. Untuk OPPO, peranti tersebut dikatakan telah diuji dan kini berada di peringkat penilaian.

HONOR telahpun membangunkan peranti tersebut lebih awal dan dijangka tiba dalam masa terdekat. vivo juga dikatakan sedang merancang beberapa model fon lipat dengan konsep yang sama yang akan diperkenal pada masa akan datang.

Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan Samsung akan turut memperkenalkan fon lipat dengan skrin lebar yang dipanggil sebagai Galaxy Z Fold8 Wide, dijangka akan tiba pada tahun ini.

Fon lipat dengan skrin lebar semakin mendapat perhatian selepas HUAWEI memperkenalkan dua model iaitu Pura X dan X Max. Lebih menarik, foldable fon pertama dari Apple dijangka hadir dengan konsep yang sama dengan nama iPhone Ultra.

ARTIKEL BERKAITAN