Fon lipat pertama dari Apple yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone Ultra akan ditawarkan dengan pilihan warna yang terhad.

Menurut laporan, iPhone Ultra berkemungkinan hadir dengan dua pilihan warna sahaja. Warna putih dikatakan hampir pasti akan ditawarkan, manakala satu lagi warna berkemungkinan menggunakan tona warna lebih minimalis seperti biru gelap atau perak.
Malangnya, laporan tersebut tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kedua-dua pilihan warna. Laporan lain menyatakan, Apple akan menggunakan pilihan warna yang lebih ringkas seperti kelabu gelap atau putih.
Pilihan warna yang neutral ini dilihat selari dengan strategi Apple untuk menampilkan imej premium dan profesional pada peranti dengan nama ‘Ultra’. Buat masa ini, Apple masih belum mengesahkan sebarang maklumat rasmi mengenai ketibaan peranti ini.