Close

Rekaan Sony Xperia 1 VIII tertiris – Guna rekaan modul kamera baru

Menjelang pelancaran rasmi pada 13 Mei ini, rekaan peranti baru dari Sony iaitu Xperia 1 VIII telahpun tertiris.

Melalui imej yang dikongsi, memperlihat Xperia 1 VIII tampil dengan rekaan modul kamera baru. Menggunakan rekaan modul kamera segi empat dengan tiga sensor kamera diletakkan dalam satu bonggol. Selain itu, Sony kekal bekerjasama dengan ZIESS untuk menawarkan pengalaman fotografi yang lebih baik.

Sony mengekalkan rekaan bezel yang nipis tanpa sebarang notch atau punch hole, kamera swafoto diletakkan pada bezel bahagian atas yang semakin jarang digunakan pada fon andalan ketika ini. Selain itu, butang kawalan kamera dan bicu audio 3.5mm masih ditawarkan pada peranti ini.

Xperia 1 VIII akan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Garnet Red, Graphite Black dan Lolite Silver. Seperti biasa, laporan lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN