Close

Dua Lipa saman Samsung $15 juta – Guna gambar tanpa Kebenaran

Dua Lipa dilaporkan telah memfailkan saman bernilai $15 juta terhadap Samsung selepas didakwa menggunakan gambarnya pada kotak jualan televisyen tanpa kebenaran.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Samsung didakwa menggunakan gambar penyanyi tersebut pada kotak televisyen yang dijual di Amerika Syarikat bagi tujuan promosi. Saman tersebut turut melibatkan dakwaan pelanggaran hak cipta, tanda dagang serta penggunaan imej individu tanpa kebenaran.

Gambar yang digunakan pada kotak tersebut diambil semasa persembahan di Festival Austin City Limits 2024, dan hak cipta dikatakan dimiliki oleh Dua Lipa. Beliau menyedari perkara tersebut sekitar tahun lalu selepas peminat berkongsi gambarnya pada kotak televisyen.

Samsung bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan imej berkenaan diberikan oleh rakan kandungan pihak ketiga untuk digunakan. Samsung turut mendakwa mereka menggunakan imej tersebut selepas menerima jaminan semua kebenaran yang diperlukan telah diperoleh terlebih dahulu.

Syarikat itu juga menyatakan mereka menghormati hak harta intelek artis dan terbuka untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik dengan pihak Dua Lipa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN