Close

Google umumkan Googlebook – Sistem operasi hybrid dengan Gemini Intelligence

Google secara rasmi memperkenalkan komputer riba baru iaitu Googlebooks, komputer riba ini menjalankan sistem operasi hybrid iaitu Android dan ChromeOS memfokuskan kepada integrasi Gemini AI.

Googlebook memfokuskan kepada pengalaman AI generatif dan integrasi mendalam untuk peranti Android. Komputer riba ini dibangun khas untuk Gemini Intelligence dengan AI menjadi teras utama penggunaan harian.

Salah satu fungsi utama yang ditawarkan adalah ‘Magic Pointer’ yang membolehkan Gemini memberi cadangan secara terus dengan hanya menggerakan anak panah ‘Pointer’ pada skrin. Selain itu, komputer riba ini turut menawarkan integrasi dengan peranti Android, membolehkan aplikasi dibuka dan fail diakses secara terus.

Pengguna juga mempunyai kebolehkan untuk menghasilkan widget khusus untuk keperluan tertentu yang dijana melalui Gemini. Dengan gabungan sistem operasi Android dan ChromeOS, ia membenarkan pengguna mengakses Google Play Store dan menjalankan aplikasi Android seperti biasa namun dengan pengalaman yang lebih optimmum untuk AI.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi buat masa ini. Selain itu, Google akan bekerjasama dengan beberapa jenama seperti Acer, ASUS, Dell, HP dan Lenovo untuk menghasilkan model Googlebook pertama.

Semua model yang ditawarkan bakal hadir dengan rekaan yang premium bersama identiti tersendiri menerusi “Glowbar” pada bahagian badan laptop.

ARTIKEL BERKAITAN