Aplikasi Setel kini menyokong pembayaran bil utiliti secara terus melalui platform mereka.

Melaluinya, aplikasi Setel kini tidak hanya terhad kepada beberapa pembayaran sahaja seperti mengisi minyak sahaja, tetapi pengguna kini boleh melakukan pembayaran bil utiliti, air, perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi.

Buat masa ini, Setel telahpun mengintegrasi 25 penyedia bil seperti Astro, Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Air Selangor, Time, Indah Water dan lain-lain. Menariknya, lebih banyak penyedia bil akan ditambah pada aplikasi ini dari masa ke semasa.
Dengan sokongan pembayaran bil, pengguna kini bole menguruskan komitmen bulanan dengan lebih teratur. Selain itu, ia menjadikan aplikasi ini lebih mesra pengguna serta kekal relevan dengan sokongan yang menyeluruh.
Seiring dengan penawaran ini, Setel menawarkan promosi pulangan tunai sebanyak 10% untuk transaksi pembayar bil, tertakluk kepada had maksimum RM10 sebulan dan promosi ini berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026.