Close

vivo Pocket mungkin tiba dengan sensor 200MP

vivo dikatakan sedang membangunkan kamera kompak berasaskan gimbal dengan nama vivo pocket. Model ini akan menjadi pesaing kepada DJI Osmo Pocket.

Menurut laporan terbaru, vivo pocket dijangka hadir dengan tetapan kamera setanding peranti andalan. vivo pocket dikatakan hadir dengan sensor sebesar 1/1.1-inci dengan Sony LYT901 200MP. Dengan sensor ini, peranti ini menjanjikan pengalaman fotografi seperti peranti andalan.

Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada sekitar September tahun ini bersama dengan siri vivo X500. Selain itu, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip yang berkuasa, namun tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenainya.

Selain vivo, beberapa pengeluar lain seperti OPPO, HUAWEI dan HONOR turut dilaporkan bakal menawarkan peranti dalam segmen yang sama tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN