Close

Spesifikasi ASUS ROG Phone 8 bocor – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5500mAh dan kamera telefoto

ASUS telahpun menjadualkan acara pelancaran siri ROG Phone 8 pada 16 Januari 2024 di China. Seperti sebelumnya, ASUS akan menawarkan dua pilihan varian iaitu ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro.

Sebelum ini, kami telah kongsikan rekaan yang akan digunakan pada siri ROG Phone 8. Memperlihatkan  rekaan siri ROG Phone 8 tampak lebih minimalis dan tiada lagi skrin kecil pada panel belakang. Selain itu, rekaan kamera belakang turut hadir dengan rekaan yang berbeza berbanding model sebelum ini. 

Terbaru, spesifikasi siri ROG Phone 8 juga telah didedahkan. Siri ROG Phone 8 dan ROG Phone 8 Pro akan hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.76-inci, cip Snapdragon 8 Gen 3, 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP ultra lebar + 32ML telefoto dengan 3x zum optik. Manakala untuk swafoto, ia menggunakan sensor 32MP. Bateri lebih kecil dimuatkan 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

Siri ROG Phone 8 akan turut menyokong pelbagai aksesori untuk permainan seperti DevilCase dan juga kipas penyejuk AeroActive Cooler X.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN