Close

Rekaan ASUS ROG Phone 8 didedahkan secara rasmi – Akan dilancarkan pada 16 Januari 2024

ASUS secara rasmi mendedahkan rekaan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu ROG Phone 8. Sebelum ini, ASUS telahpun berkongsi tarikh pelancaran untuk siri ROG Phone 8 pada 16 Januari 2024 di China.

Melalui imej rasmi yang dikongsi memperlihatkan rekaan ROG Phone 8 tampak lebih minimalis. Selain itu, rekaan kamera belakang turut tampil dengan rekaan yang berbeza berbanding model sebelum ini. Turut dapat dilihat yang ROG Phone 8 akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang yang berkemungkinan kamera utama + ultra lebar + telefoto.

Rekaan panel belakang turut diberi nafas baharu dan tampak lebih ringkas berbanding model sebelumnya yang terdapat pelbagai perkataan. Tiada lampu ikonik RGB pada ROG Phone 8 ia mungkin hanya akan tersedia untuk varian paling premium iaitu ROG Phone 8 Pro atau Ultimate. Malangnya, ASUS tidak mendedahkan rekaan skrin hadapan yang digunakan pada ROG Phone 8.

ROG Phone 8 dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang akan dipadankan dengan RAM sehingga 24GB. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai siri ROG Phone 8. Namun, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN