Apple bakal membawakan fungsi baharu iaitu Stolen Device Protection untuk pengguna iPhone. Fungsi baharu ini akan menyukar pencuri untuk menggunakannya atau mengakses data biarpun mengetahui kod laluan.
Menurut laporan, kebanyakkan iPhone yang dicuri berjaya diceroboh dengan hanya memasukan kod laluan yang diperolehi dari intipan sebelum telefon dicuri. Dengan itu, ia memudahkan pencuri untuk melakukan tetapan semula Apple ID, matikan fungsi Find My seterusnya melihat kata lalu melalui iCloud Keychain.
Dengan fungsi Stolen Device Protection, ia bakal menyukarkan pencuri kerana memerlukan pengesahan melalui Face ID atau Touch ID sebelum melakukan tetapan semula. Sekiranya tetapan semula dikesan di kawasan yang tidak diketahui, proses pengesahan untuk Face ID dan Touch ID perlu dilakukan selepas sejam.
Namun begitu, sekiranya tetapan semula dilakukan di kawasan kebiasaan seperti rumah atau pejabat proses pengesahan Face ID dan Touch ID boleh dilakukan secara segera tanpa perlu menunggu selama sejam.
Fungsi Stolen Device Protection ini perlu diaktifkan secara manual oleh pengguna yang menjalankan iOS 17.3 Beta. Buat masa ini, fungsi ini masih lagi di fasa percubaan dan dijangka akan tersedia dalam kemas kini akan datang.