Sebelum ini, Elon Musk telahpun memperkenalkan prototaip robot humanoid berbentuk manusia yang dikenali sebagai Optimus atau Tesla Bot. Dalam perkembangan terbaru, Tesla telah memperlihatkan Tesla Bot baharu dengan sejumlah penambahbaikan dan naiktaraf.
Tesla Bot baharu ini dikenali sebagai Optimus – Gen 2, tampil dengan rekaan yang lebih futurustik dan lebih baik berbanding versi awal. Ia juga dikatakan mampu bergerak 30% lebih pantas dan 10 kilogram lebih ringan. Selain itu, Tesla Bot ini mampu mengimbangi badan dengan baik dan pergerakkan kini lebih semula jadi.
Lebih menarik, bahagian jari kini mempunyai sensor yang lebih baik yang mampu mengesan objek sekaligus memberikan tekanan yang sesuai tanpa merosakkannya. Kemampuan lain yang turut diperlihatkan adalah seperti menari.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang didedahkan mengenai pelancaran robot tersebut. Namun, matlamat mereka adalah untuk membuat robot humanoid yang berguna secepat mungkin.