Close

Melaka negeri terbaru guna jalan ‘Glow in the dark’

Penggunaan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark kini telah diperluaskan kepada lebih banyak negeri dan Melaka adalah negeri terbaru yang menggunakan teknologi tersebut.

Terdapat 3 jalan yang dipilih untuk menggunakan teknologi ini iaitu Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan Jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin. Ketiga-tiga jalan ini telah dikenal pasti kerap berlakunya kemalangan akibat jalan gelap dan ancaman binatang liar. Setiap jalan akan diwarnakan dengan garisan bercahaya dalam gelap sepanjang kira-kira 300 meter.

Tiga jalan tersebut merupakan projek perintis dan akan dipantau dalam tempoh 6 bulan bagi melihat keberkesanannya. Projek perintis ini memfokuskan kepada kes kemalangan jalan raya di kawasan tersebut. Sekiranya, projek perintis ini berkesan dan berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya ia akan diperluaskan ke jalan lain yang berisiko.

Gambar : Haidil Ahmad Enterprise

Sebelum ini, Jalan Sungai Lalang di Selangor adalah jalan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi glow in the dark.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN