Close

vivo X100 dan X100 Pro dikesan melepasi SIRIM Malaysia

vivo Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X100 selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Ia memberikan bayangan yang peranti tersebut akan tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Peranti dengan nombor model V2308 (X100) dikesan telah didaftarkan di bawah VTALENT BUSSINES SDN BHD pada 16 November 2023. Manakala, satu lagi nombor model iaitu V2309 (X100 Pro) turut dikesan dan didaftarkan di bawah syarikat yang sama pada 1 Disember 2023.

Siri vivo X100 telahpun dilancarkan lebih awal di China dan dijangka akan memasuki pasaran global pada Januari 2024. Jika mengikut spesifikasi di China, siri vivo X100 akan dilengkapi dengan skrin 6.78-inci LTPO AMOLED, cip Dimensity 9300, 16GB RAM LPDDR5T dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.

Buat masa ini, vivo Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN