Close

Sony A9 III dah boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga RM29,299

Selepas diumumkan pada November lalu, Sony A9 III kini boleh dipra-tempah di Malaysia. Kamera ini memfokuskan kepada golongan profesional dan hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi, rekaan dan juga fungsi menarik.

Sony A9 III merupakan kamera full-frame pertama di dunia yang dilengkapi dengan global shutter yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik pada resolusi tinggi dengan pengecaman subjek yang pantas dan tepat. 

Dimuatkan dengan skrin sentuh OLED yang boleh digerakkan dalam 4 paksi yang menggunakan EVF Quad XGA OLED dengan 9.44 juta titik. Terdapat juga butang khusus baharu yang membolehkan pengguna melaraskan rakaman berterusan dengan lebih mudah.

Hadir dengan sensor 24.6MP CMOSD yang digabungkan dengan cip pemproses imej BIONZ XR yang menawarkan prestasi 8 kali ganda lebih baik dari model sebelumnya. Turut hadir dengan sistem penstabilan 5 paksi IBIS. Julat ISO kini 250-25600 yang boleh diperluaskan kepada ISO 125-51200.

Melalui global shutter, ia membolehkan kamera ini merakam dengan kelajuan 120fps tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia turut berkemampuan untuk merakam imej pada shutter speed 1/80,000 saat untuk imej pegun dan 1/6000 saat untuk penggambaran berterusan. Sekaligus, menjadikan ia kamera terpantas di pasaran ketika ini. Keupayaan autofokus turut dipertingkat dengan pengecaman masa-nyata yang menggunakan AI khusus.

Dari segi video, ia mampu menyokong rakaman sehingga 4K 120p tanpa suntingan dan 4K 60p apabila disunting daripada pensampelan rakaman 6K. Turut menyokong pilihan rakaman 10-bit, 16 bit dan mod Cinetone S-cinetone dan S- Log3. Untuk sambungan, kamera ini menyokong LAN berwayar, SD CFexpress Type A dan UHS I/II.

Di Malaysia, Sony A9 III dijual pada harga RM29,299. Bagi yang berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 7 Januari 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma berupa kad memori CEA-G80T dan bateri NP-FZ100. Selain itu, anda layak menerima hadiah percuma kad memori CEA-G160T sekiranya membeli lensa SEL300F28GM.

ARTIKEL BERKAITAN