Close

Kodak EC35 diumumkan – Kamera filem kompak dengan harga mampu milik

Kodak dengan kerjasama pengeluar Reto memperkenalkan Kodak EC35, sebuah kamera filem 35mm yang direka khusus untuk pengguna baru atau pemula yang ingin mencuba fotografi analog.

Kodak EC35 hadir dengan rekaan yang kecil dan ringan, menjadikannya ia mudah untuk disimpan. Kamerea ini turut dilengkapi dengan slide cover yang berfungsi sebagai kunci pengatup untuk mengelakkan gambar diambil secara tidak sengaja.

Kamera filem ini dimuatkan dengan lensa 25mm, aperture tetap f1/10 , shutter speed 1/1000 dan juga lampu flash terbina yang memerlukan bateri jenis AA untuk digunakan. Ditawarkan dengan tujuh pilihan warna yang menarik iaitu Midnight BlackVanilla WhiteButter YellowLavenderPowder BlueBlush Pink dan Avocado

Kodak EC35 hanya ditawarkan di beberapa pasaran tertentu dengan harga jualan sekitar $35 (RM144). Selain itu, Kodak turut menawarkan pakej istimewa yang ditawarkan bersama sekotak filem Kodak Ultramax 400, namun dijual pada harga yang sedikit lebih mahal iaitu sekitar AS$45 (RM192).

ARTIKEL BERKAITAN