Peranti yang belum dilancarkan iaitu HONOR Robot Phone telah dikesan pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 di antara Sepanyol menentang Argentina.
HONOR RobotPhone: The Biggest Winner of the FIFA World Cup pic.twitter.com/sUzixmqY7z
— Ice Universe (@UniverseIce) July 20, 2026
Peranti tersebut telah dirakam pada salah seorang pemain Sepanyol iaitu Eric Garcia semasa meraikan kemenangan 1-0 ke atas Argentina. Buat yang tidak mengetahui, HONOR Robot Phone belum lagi diperkenalkan secara rasmi, dijangka akan diperkenalkan pada Ogos ini.

Walau bagaimanapun, peranti tersebut telahpun dibuka untuk pra-tempah di China dan dijangka akan turut tiba ke beberapa pasaran lain pada masa akan datang. Jika merujuk kepada laporan sebelum ini, HONOR Robot Phone dijangka hadir dengan skrin bersaiz sekitar 6.3 hingga 6.4 inci dengan resolusi 1.5K dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5.
Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sistem gimbal 4DoF kompak yang boleh berpusing dan menoleh ke pelbagai sudut secara bebas. HONOR turut mengabungkan kecerdasan buatan (AI) pada peranti ini. Untuk tetapan kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto Periskop.
HONOR sebelum ini telahpun memperlihatkana prototaip HONOR Robot Phone, digambarkan sebagai ‘Spesis baru’ dalam dunia mudah alih dan berpotensi untuk dikembang pada masa akan datang.