Close

WhatsApp dah ada fungsi Pin Messages – Boleh pin mesej penting pada chats

WhatsApp kini sedia untuk menawarkan fungsi baharu dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Fungsi baharu yang dimaksudkan adalah ‘Pin Messages’ membolehkan pengguna untuk pin mesej pada chats individu atau berkumpulan.

Fungsi pin messsage ini boleh digunakan untuk pelbagai mesej seperti imej, teks, emoji dan juga undian. Terdapat beberapa tempoh yang boleh dipilih untuk mesej dipin iaitu 24 jam, 7 hari dan 30 hari. Walaubagaimanapun, hanya satu mesej sahaja yang boleh dipin dalam suatu masa.

Mesej yang dipin akan diletakkan di bahagian atas ruang sembang sekaligus memudahkan pengguna untuk melihat dan mengurangkan masalah terlepas pandang.

Untuk menggunakan fungsi ini, pilih mesej yang ingin dipin. Seterusnya, tekan seketika pada mesej tersebut dan pilih pin pada bahagian menu. Fungsi ini telahpun dilepaskan secara peringkat pada semua pengguna global. Buat masa ini, peranti kami belum lagi menerima fungsi ini.

ARTIKEL BERKAITAN