Close

Laman rasmi HALAL Malaysia digodam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Facebook rasmi mereka menyatakan yang laman web rasmi mereka telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Serangan tersebut dikesan berlaku pada Sabtu 9 Disember 2023 yang lalu. Sejurus serangan tersebut, pasukan teknikal ICT JAKIM telah bertindak menurunkan laman web rasmi Halal Malaysia bagi menjalankan siasatan dan langkah keselamatan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Menurut JAKIM, serangan tersebut tidak menjejaskan perkhidmatan dan proses permohonan sijil halal Malaysia boleh dilakukan seperti biasa. Selain itu, untuk semakan halal ia masih boleh dilakukan melalui Verify Halal dan Smart Halal yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

Proses pemulihan laman web rasmi HALAL Malaysia telahpun selesai. Pengguna kini boleh mengakses kembali laman web rasmi melalui pautan terkini iaitu www.halal.gov.my/v4/ berikutan pautan sebelum ini www.halal.gov.my tidak lagi boleh diakses.

ARTIKEL BERKAITAN