Close

Huawei FreeClip diperkenalkan – TWS dengan rekaan C-bridge mirip seperti subang

Huawei telah memperkenalkan TWS baharu mereka iaitu FreeClip. Merupakan TWS Open-ear pertama dari Huawei dan tampil dengan rekaan unik yang dipanggil C-Bridge yang mirip seperti subang.

Secara asasnya, FreeClip ini mengabungkan tiga bahagian utama iaitu Comfort bean, Acoustic ball dan juga C-Bridge. Memfokuskan kepada fesyen namun masih menawarkan pengalaman audio yang berkualiti. Buds ini hanya seberat 5.9 gram setiap satu dan direka dengan bentuk ergonomik yang menjanjikan keselasaan ketika menggunakannya.

FreeClip menggunakan driver dwi-magnet 10.8 mm dan menyokong format audio SBC, AAC dan LH2C. Selain itu, ia turut menyokong fungsi Direct sound, AI Crystal cleardan Dual-device connections. Dari segi kawalan pula, ia hanya menyokong dua kawalan sahaja iaitu Double tap dan Triple tap melalui Gesture control.

Dari segi ketahanan bateri, Huawei mendakwa yang TWS ini mampu bertahan sehingga 36 jam dengan bekas pengecas dan hanya memerlukan 40 minit untuk pengecasan. FreeClip ini turut mempunyai penarafan IP54. TWS ini dijangka akan turut diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN