Close

Huawei MateBook D 16 turut diperkenalkan – Guna cip Intel 13-Gen, bateri 60Wh dan pengecasan 65W

Pada acara yang sama, Huawei turut melancarkan komputer riba baharu mereka iaitu MateBook D 16. Hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik namun masih mengekalkan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya.

MateBook D 16 ini hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 16-inci dengan resolusi 1900×1200. Turut menyokong kecerahan puncak pada 300 nits dengan sudut pandang sehingga 178 darjah. Dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i9 H-series Gen-13 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDRR4X dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe SSD. Untuk prestasi grafik, ia hadir dengan GPU Intel Iris Xe.

Dimuatkan dengan bateri 60Wh yang turut menyokong pengecasan pantas 65W. MateBook D 16 ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan dari Huawei yang merangkumi AI camera, AI sound effects dan Smart voice. Ia juga turut menyokong sambungan berbilang peranti melalui Super Device.

Untuk sambungan port, ia hadir dengan 2x USB-C, HDMI 2.0, 1x USB-A 3.2 Gen 1 dan 1x USB-A 2.0. Komputer riba ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia namun buat masa ini Huawei Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai penawaran dan ketersediaannya.

ARTIKEL BERKAITAN