Close

Huawei MatePad Pro 13.2″ diperkenalkan secara global – Guna cip Kirin 9000S, paparan 144Hz dan pengecasan 88W

Huawei secara rasmi melancarkan tablet baharu untuk pasaran global melalui model MatePad Pro 13.2″. Merupakan tablet paling nipis dan ringan dalam pasaran ketika ini. Tidak ketinggalan, ia turut tampil dengan sejumlah spesifikasi dan fungsi menarik.

Huawei MatePad Pro 13.2″ ini dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 13.2-inci dengan paparan 144Hz. Dijana dengan cip Kirin 9000S yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Tablet ini hanya setebal 5.5 mm dengan berat hanya 580 gram sahaja.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 13MP + 8MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP + 3D ToF yang digunakan untuk fungsi pengimbas wajah.

Bateri 10,100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 88W. Tablet ini turut didatangkan dengan aksesori stylus Huawei M-Pencil generasi ke-3 yang turut menyokong teknologi NearLink Starlight Wireless Connection untuk sambungan yang lebih baik.

Huawei MatePad Pro 13.2″ ini akan turut dilancarkan di Malaysia. Namun begitu, maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan tablet ini masih lagi belum di Kongsi oleh Huawei Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN