Close

Rekaan Nubia Z60 Ultra didedahkan – Akan dilancarkan pada 19 Disember ini

Nubia secara rasmi memperlihatkan rekaan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Z60 Ultra biarpun peranti tersebut belum lagi dilancarkan. Nubia telahpun menjadualkan acara pelancaran Z60 Ultra pada 19 Disember ini Di China.

Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan yang Z60 Ultra akan hadir dengan rekaan bingkai skrin yang nipis dan tanpa sebarang takuk atau lubang untuk kamera swafoto. Bermaksud peranti ini akan menggunakan kamera swafoto di bawah skrin seperti model sebelumnya.

Selain itu, turut dapat dilihat peranti ini menggunakan rekaan sisi jenis rata dan berkotak bersama butang kuasa berwarna merah. Rekaan kamera belakang juga dilihat tampil berbeza dengan semua kamera disusun secara berasingan. Peranti ini berkemungkinan akan menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama + telefoto + ultra lebar.

Z60 Ultra akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan kuning. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN