vivo tidak lagi berselindung mengenai peranti andalan mereka yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Melalui perkongsian Facebook rasmi vivo telah mendedahkan yang siri vivo X100 5G akan tiba tidak lama lagi.
Namun begitu, vivo tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya. Jika menurut kepada laman web rasmi vivo, acara pelancaran dijadualkan akan berlangsung pada 3 Januari 2023.
Siri vivo X100 5G merupakan peranti andalan yang memfokuskan kepada kemampuan fotografi seperti mana yang ditawarkan pada model sebelum ini. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China. Jika mengikut spesifikasi di China, siri vivo X100 5G akan dilengkapi dengan skrin 6.78-inci LTPO AMOLED, cip Dimensity 9300, 16GB RAM LPDDR5T dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang.
Maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.