Close

Dividen ASB 2023 diumumkan – 4.25 sen dengan bonus 1.00 sen

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2023 ialah 5.25 sen seunit untuk dana utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah tersebut merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 1.00 sen seunit. Secara keseluruhan, kadar tersebut meningkat sekitar 0.65 sen seunit berbanding dividen pada tahun 2022.

Pengagihan pendapatan ini dijangka akan memanfaatkan lebih dari 10.8 juta pemegang unit ASB dengan nilai jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion.

ASNB dikatakan berjaya mencatatkan prestasi yang kukuh hasil daripada strategi kepelbagaian kumpulan dan perumpukan aset.

Jumlah bilangan akaun ASB juga meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun sekaligus menunjukkan keyakinan penuh terhadap ASB sebagai pelaburan penting untuk golongan bumiputera.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2022 PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.35 sen seunit bersama bonus 1.25 sen seunit menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4.60 sen seunit.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN