Close

Powerbank Shargeek 170 boleh mula dibeli di Malaysia dengan harga RM1299

Jenama powerbank yang popular dengan rekaan lutsinar iaitu Sharge secara rasmi memperkenalkan powerbank baharu untuk pasaran tempatan iaitu Shargeek 170. Tampil dengan rekaan yang unik dan menyokong kuasa pengecasan yang lebih tinggi.

Shargeek 170 hadir dengan rekaan yang kompak dan unik yang dipanggil sebagai pentahedral. Turut menggunakan kemasan jenis lutsinar yang memperlihatkan komponen dalaman secara keseluruhan. Kapasiti bateri 24,000mAh dimuatkan yang menyokong kuasa output sehingga 170W melalui PD 3.1 dan kuasa input sehingga 140W yang mampu mengecas powerbank dari 0% ke 50% hanya dalam 20 minit.

Untuk pengecasan, terdapat tiga port tersedia iaitu 2x USB-C dan 1x USB-A. Menariknya, ketiga-tiga port ini boleh digunakan secara serentak namun hanya 1 port USB-C sahaja yang menyokong kuasa pengecasan setinggi 65W.

Powerbank ini turut menyokong penarafan IP66 dan boleh dibawa ke dalam pesawat untuk penerbangan. Selain itu, powerbank ini menggunakan bateri gred kereta elektrik yang mampu mengekalkan pretasi biarpun selepas 800 kitaran cas.

Di Malaysia, Shargeeek 170 dijual pada harga RM1299 dan boleh mula dibeli pada 25 Disember 2023 di semua pengedar rasmi Sharge Malaysia. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM657 berupa Charger 140W, Cable Phantom C to C dan Cable Retro C to L untuk masa terhad.

ARTIKEL BERKAITAN