Close

Tol percuma sempena Krismas – 23 Disember dan 26 Disember 2023

Kerajaan mengumumkan tol percuma selama 2 hari bersempena dengan perayaan Krismas yang akan disambut pada 25 Disember nanti.

Perlaksanaan tol percuma ini dijangka akan dapat mengurangkan kos perjalanan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman bersempena perayaan krismas atau bercuti dengan keluarga sempena musim cuti sekolah.

Pemberian tol percuma ini akan bermula 23 Disember (Sabtu) 12.01 am sehingga 11.59 pm dan 26 Disember (Ahad) 12.01 am sehingga 11.59 pm. Tol percuma ini diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN