Close

ASUS ROG Phone 8 akan diperkenalkan pada 8 Januari 2024

ASUS melalui platform X telah berkongsi tarikh pelancaran bagi peranti andalan mereka iaitu ROG Phone 8. Acara pelancaran dijadualkan akan berlangsung pada 8 Januari seiring dengan acara CES 2024.

Perkongsian tersebut turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai ROG Phone 8. Antaranya adalah bingkai skrin pada ROG Phone 8 akan lebih nipis berbanding model sebelumnya. Bingkai skrin nipis ini dipanggil sebagai ‘Edgeless frame’ oleh ASUS.

Selain itu, skrin ini akan menyokong kecerahan puncak yang lebih tinggi iaitu 2500 nits berbanding hanya 1500 nits pada ROG Phone 7. Dengan kecerahan puncak yang lebih tinggi ia menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih untuk kegunaan luar.

Sebelum ini, ASUS telahpun mendedahkan rekaan ROG Phone 8 yang tampak lebih minimal dengan rekaan kamera turut tampil berbeza dari model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, ROG Phone 8 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0. Bateri lebih kecil dimuatkan 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas.

ARTIKEL BERKAITAN