Close

Rekaan siri OPPO Find X7 diperlihatkan secara rasmi – Akan diperkenalkan tak lama lagi?

OPPO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Find X7 dan Find X7 Ultra. Acara tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 8 Januari 2024.

Perkongsian tersebut turut mendedahkan rekaan kedua-dua varian sekaligus mengesahkan beberapa maklumat mengenainya. Untuk rekaan belakang, kedua-dua varian nampak serupa menggunakan rekaan kamera jenis bulat dengan penjenamaan Hasselblad. Susunan kamera belakang turut sama dan terdapat satu sensor berbentuk 4 segi yang berkemungkinan sebagai sensor telefoto periskop.

Dari segi kemasan, ia mungkin menggunakan kemasan jenis vegan leather dan panel jenis matte. Ditawarkan dalam beberapa pilihan warna iaitu seperti coklat, biru, hitam dan ungu.

Untuk rekaan skrin, ia menggunakan rekaan skrin jenis melengkung dengan kamera swafoto jenis punch hole pada bahagian tengah. Rekaan bingkai skrin juga nipis dan simetri pada setiap sisi. Selain itu, turut dapat dilihat yang siri Find X7 akan dilengkapi dengan butang alert slider yang diletakkan di sebelah kiri.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh OPPO. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN