HONOR Malaysia secara rasmi mengesahkan yang telefon lipat baharu iaitu Magic V2 akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
HONOR Magic V2 dikatakan telefon lipat paling nipis di pasaran ketika ini dengan tebal hanya 4.7mm ketika dibuka dan 9.9mm apabila dilipat. Selain paling nipis, Magic V2 dijangka akan turut menawarkan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi dan juga inovasi.
Namun begitu, HONOR Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran bagi Magic V2. Kami menjangkakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.