Close

BYD kalahkan Tesla sebagai EV paling popular

Tesla kini bukan lagi EV paling popular di dunia selepas BYD berjaya memintas angka jualan kenderaan elektrik pada suku ke-4 tahun 2023.

Menurut laporan, BYD telah menghantar sekitar 526,409 EV untuk suku ke-4 2023 manakala Tesla hanya menghantar sekitar 484,507 EV pada suku yang sama. Perbezaan tersebut menyaksikan yang BYD kini menjadi antara pemain utama untuk industri EV ketika ini.

BYD yang merupakan pengeluar EV China dilihat telah membawakan pelbagai kemajuan besar dari segi kualiti dan juga kemampuan sekaligus berjaya menjadi pilihan di pasaran Amerika Syarikat. Selain itu, pengeluar EV yang berpangkalan di Amerika Syarikat dikatakan telah hilang populariti di kalangan pembeli EV di China.

Sokongan kerajaan China dan juga Warren Buffett juga dilihat sebagai penyumbang kepada peningkatan BYD yang mendorong memperkukuhkan dan mengembangkan industri EV di dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN