Close

Siri Redmi Note 13 akan tiba di Malaysia pada 15 Januari ini

Xiaomi Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri Redmi Note 13 pada 15 Januari 2024. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada September tahun lalu.

Xiaomi Malaysia juga telah menyediakan halaman khas untuk pelancaran siri Redmi Note 13. Halaman tersebut turut menyertakan beberapa maklumat mengenai siri Redmi Note 13. Antaranya seperti kamera 200MP, skrin dengan resolusi 1.5K, penarafan IP68 dan juga cip dengan teknologi binaan 4nm.

Siri Redmi Note 13 akan menjadi siri terawal yang hadir dengan penarafan IP68 dan sokongan skrin sehingga 1.5K. Namun begitu, tidak dipastikan berapa varian dan spesifikasi yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.

Kami menjangkakan yang Xiaomi akan menawarkan tiga pilihan model dalam siri ini yang berkemungkinan Redmi Note 13, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Walaubagaimanapun, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN