realme Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk membawakan peranti baharu untuk pasaran tempatan selepas realme 12 Pro+ 5G dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.
Menurut maklumat, peranti dengan nombor model RMX3840 (realme 12 Pro+ 5G) dikesan telah didaftarkan di bawah DTL MALAYSIA SDN BHD pada 27 Disember 2023. Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah realme hanya hadir dengan satu pilihan varian sahaja untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.
Jika sebelum ini, siri realme 11 hadir dengan empat pilihan varian iaitu realme 11x 5G, realme 11 5G, realme 11 Pro 5G dan realme 11 Pro+ 5G.
Buat masa ini, realme Malaysia belum lagi mengumumkan sebarang maklumat mengenai pelancaran dan penawaran. Kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan diumumkan dalam masa terdekat.