Close

Siri vivo X100 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM3499

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X100. Hadir dalam dua pilihan varian iaitu X100 dan X100 Pro yang dipisahkan dengan beberapa spesifikasi berbeza seperti kapasiti bateri, kamera dan teknologi pengecasan.

Siri vivo X100 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan adaptif 120Hz, HDR10+, PWM Dimming 2160Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits.

Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LDPRR5T dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan 120W untuk X100. Manakala untuk X100 Pro, dimuatkan dengan 5400mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Dari segi fotografi, untuk X100 ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP ultra lebar + 64MP telefoto. Manakala, untuk X100 Pro ia turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony IMX989 + 50MP sudut lebar + 50MP telefoto periskop dengan 4.3x zum optik dan 100x zum digital. Selain itu, model Pro turut hadir dengan cip pemprosesan imej vivo V3 baharu. Tidak ketinggalan, kamera swafoto 32MP digunakan pada kedua-dua varian.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, IR Blaster, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan menjalankan FuntouchOS 14 berasaskan Android 14.

Di Malaysia, vivo X100 dijual pada harga RM3499 untuk 16GB + 512GB dan X100 Pro pula dijual pada harga RM4599 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna Startrail blue dan Asteroid black.

Bagi yang berminat, siri vivo X100 boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 3 Januari 2023. Setiap pra-tempahan akan mendapat pelbagai tawaran menarik termasuk hadiah percuma bernilai sehingga RM568.

ARTIKEL BERKAITAN