Tecno secara rasmi memperkenalkan peranti baharu iaitu Spark 20 Pro+ sekaligus melengkapkan barisan siri Spark 20. Tampil dengan spesifikasi yang menarik yang memfokuskan kepada kemampuan kamera dan skrin yang lebih baik.
Tecno Spark 20 Pro+ hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci yang turut menyokong paparan 120Hz dan PWM Dimming 2160Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + AI Lens. Kamera utama ini menyokong 10x digital zum dengan aperture 1/F1.75. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokon pengecasan pantas 33W.
Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP53, pengimbas cap jari pada butang kuasa, NFC dan menjalankan sistem operasi Magic Skin 2.0 berasaskan Android 14.
Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia atau sebaliknya. Buat masa ini, hanya Tecno Spark 20 Pro sahaja yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.