Close

Siri Samsung Galaxy S24 akan diperkenalkan pada 18 Januari ini

Samsung secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Galaxy S24 yang akan berlangsung pada 18 Januari 2024.

Seperti kebiasaan, Samsung dijangka akan memperkenalkan tiga pilihan varian iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra. Untuk spesifikasi, Galaxy S24 Ultra dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, bingkai dengan binaan titanium dan menggunakan skrin jenis rata.

Manakala untuk Galaxy S24 dan Galaxy S24+, akan hadir dengan dua pilihan cip iaitu Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy dan Exynos 2400 mengikut kepada pasaran. Siri Galaxy S24 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dijana dengan kecerdasan buatan dari Samsung iaitu Galaxy AI.

Namun begitu, maklumat lebih tepat mengenai siri Galaxy S24 hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN