Close

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) – Ini semua yang anda perlu tahu

Kerajaan telahpun mengumumkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mana ia adalah sistem pangkalan data yang mengandungi maklumat individu dan isi rumah meliputi warganegara serta pemastautin tetap di Malaysia.

Antara kepentingan PADU adalah untuk memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial. Berikutan dari itu, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas kini boleh mendaftar dan mengemas kini PADU bermula 2 Januari hingga 31 Mac 2024.

PADU adalah berbeza dari program ID Digital Nasional (IDN). PADU adalah pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital.

Selain itu, PADU boleh dikatakan sebagai pencetus perubahan bagi pengurusan data di Malaysia yang akan memudahkan rakyat dalam menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan agensi kerajaan. Ini kerana, PADU menggabungkan data daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Pengenalan sistem ini juga adalah selaras dengan usaha kerajaan ke arah transformasi digital negara dengan jaminan bahawa setiap kemudahan kerajaan akan dinikmati penerima yang berhak.

ARTIKEL BERKAITAN