vivo X200 FE akhirnya tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Berbeza dengan X200 dan X200 Pro, X200 FE hadir dengan rekaan yang kompak dan menawarkan kemampuan setanding peranti andalan.

X200 FE hadir dengan rekaan yang nipis iaitu 7.9mm dan berat hanya 189gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin jenis rata bersaiz AMOLED bersaiz 6.31-inci dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300+ yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan kamera dari Zeiss dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W, yang memerlukan masa mengecas 57 minit untuk satu pengecasan penuh.

Untuk spesifikasi lain, ia menyokong penarafan IP68/IP69, NFC, pengimbas cap jari bawah skrin, AI SuperLink, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi FunTouch OS 15 yang berasaskan kepada Android 15.

Di Malaysia, vivo X200 FE ini dijual pada harga RM3199 untuk 12GB + 512GB dan ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu yang cukup menarik iaitu pink vibe, yellow glow, blue brezee dan black luxe. Seiring dengan ketibaannya, anda boleh membeli peranti ini dengan harga promosi iaitu RM2999.