Close

Jerman arahkan Apple dan Google buang apilkasi AI DeepSeek

Jerman melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Berlin, mengarahkan Apple dan Google untuk menarik balik atau membuang aplikasi chatbot AI Deepseek dari App Store atau Play Store.

Menurut Pesuruhjaya Perlindungan Data Berlin, aplikasi tersebut melanggar undang-undang privasi data di Jerman. Pemindahan data yang dilakukan oleh DeepSeek dikatakan tidak sah mengikut undang-undang EU.

Selain itu, syarikat tersebut gagal memberi respon terhadap permintaan untuk meminda dasar pemindahan data. Buat yang tidak mengetahui, DeepSeek merupakan aplikasi AI yang dihasilkan oleh China.

Keputusan ini berpotensi untuk menjadi larangan yang lebih besar melibatkan seluruh Kesatuan Eropah dan United Kingdom kerana peraturan pelindungan data yang seragam. Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat turut mempertimbang larangan penggunaan alat AI dari negara-negara seperti China, Rusia, Iran dan Korea Utara, melalui cadangan akta baharu “No Adversarial AI Act”.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN