Close

WhatsApp bakal ada ciri baru – Urus dua akaun dalam satu aplikasi

WhatsApp bakal membolehkan pengguna untuk menguruskan lebih daripada satu akaun dalam satu aplikasi tanpa perlu menggunakan WhatsApp Business atau peranti tambahan lain.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menambah akaun kedua secara terus melalui tetapan aplikasi sama ada melalui imbasan kod QR atau nombor telefon. Setiap akaun akan mempunyai tetapan dan notifikasi yang berasingan.

Bagi memudahkan pertukaran akaun, pengguna tidak perlu melakukan log keluar untuk bertukar akaun dan setiap akaun yang digunakan akan memaparkan gambar profil dan nama akaun. Notifikasi khas akan dipaparkan jika akaun kedua menerima mesej sewaktu akaun utama digunakan.

Sekiranya penguna membuka notifikasi khas tersebut ia akan terus bertukar ke akaun berkaitan dan membuka mesej tersebut secara automatik. Ciri ini akan memudahkan pengguna yang perlu menguruskan akaun peribadi dan kerja dengan hanya menggunakan satu peranti sahaja.

Menurut laporan, ciri tersebut telahpun diuji pada aplikasi beta untuk iOS dengan nombor binaan 25.9.10.70 dan 25.19.10.74. Ciri ini dijangka akan tiba kepada pengguna pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN