Close

Google Pixel 9 mungkin diharamkan di Jepun

Peranti Google iaitu Pixel 9 mungkin akan diharamkan penjualan di Jepun selepas didapati melanggar hak paten milik syarikat Pantech yang berpangkalan di Korea Selatan.

Isu pelanggaran paten ini berkait dengan teknologi sambungan LTE modem yang digunakan pada Pixel. Menurut Pantech, Google telah menggunakan teknologi LTE mereka tanpa lesen yang sah dan tidak mahu membayar royalti pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Google juga enggan memberikan maklumat jualan Pixel 7 di Jepun bagi mengelakkan bayaran royalti sepatutnya. Disebabkan tindakan tersebut, mahkamah Jepun memutuskan untuk mengharamkan penjulan Pixel 7 di Jepun.

Pixel 8 dan Pixel 9 mungkin akan menerima nasib yang sama selepas Pantech turut memfailkan tuntutan mahkamah untuk kedua-dua peranti tersebut. Sekiranya, Google gagal mencapai kata sepakat dengan Pantech, kedua-dua peranti tersebut mungkin akan turut diharamkan di Jepun.

Di Jepun, Google merupakan jenama atau pengeluar kedua paling popular selepas Apple, mengatasi beberapa jenama terkemuka lain seperti Samsung dan Xiaomi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN