Close

Penjawat awam tak dibenarkan guna aplikasi media sosial ketika bertugas – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat awam tidak dibenarkan untuk menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan TikTok sewaktu sedang bertugas.

Presiden CUEPACS iaitu Datuk Dr Adnan Mat menyatakan, penjawat awam perlu memberi tumpuan penuh terhadap tugas semasa waktu kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam surat edaran rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh Jun 2013.

Selain itu, penggunaan media sosial sewaktu bertugas tanpa keperluan rasmi boleh dianggap menjejaskan produktiviti dan menyalahi menyalahi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]. Berikutan dari itu, CUEPACS menasihatkan semua penjawat awam agar mematuhi garis panduan ini demi menjaga integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Penjawat awam turut digesa sentiasa mematuhi etika dan tatakelakuan yang digariskan dalam perkhidmatan ketika menggunakan media sosial bagi menjaga maruah dan reputasi perkhidmatan awam di mata rakyat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN