Konsol mudah alih terbaru dari Nintendo iaitu Switch 2 telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia. Sekaligus, mengesahkan ketibaannya ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Sebelum ini, hanya aksesori Switch 2 sahaja yang dikesan melepasi SIRIM iaitu Nintendo Switch Pro Controller 2 memberikan gambaran konsol tersebut tidak akan tiba dalam masa terdekat.

Terkini, Switch 2 turut dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 16 Jun 2025 dengan nombor model BEE-001 (Nintendo Switch 2). Peranti ini diletakkan di bawah kategori ‘Video Game Console’.
Walau bagaimanapun, pengesahan awal ini dilihat tidak mengubah tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia iaitu sekitar Julai hingga September 2025. Seperti yang kita tahu, konsol ini akan dijual pada 26 Jun ini di pasaran Asia Tenggara kecuali Malaysia.

Namun begitu, terdapat kemungkinan konsol ini akan turut ditawarkan pada 26 Jun ini di Malaysia seperti negara-negara Asia Tenggara lain.