Seperti yang kita tahu, vivo akan memperkenalkan peranti baru mereka yang seterusnya iaitu X200 FE. Peranti ini akan hadir dengan rekaan yang kompak dan menawarkan prestasi setanding model andalan.

vivo X200 FE hadir dengan rekaan yang kompak dan juga pratikal untuk kegunaan harian. Tidak hanya menawarkan rekaan yang kompak, ia turut hadir dengan 4 pilihan warna yang cukup menarik iaitu pink vibe, yellow glow, blue brezee dan black luxe. Setiap pilihan warna ini menggambarkan personaliti yang berbeza dan mempunyai mood yang tersendiri.

Peranti ini tidak menggunakan skrin jenis melengkung sebaliknya menggunakan skrin jenis rata bersaiz 6.31-inci, mampu memberikan pengalaman skrin yang baik dan juga imersif. Peranti ini turut menawarkan kemampuan fotografi yang baik melalui kerjasama dengan ZEISS. Menyokong kamera Telefoto ZEISS dengan sensor 50MP yang menjanjikan perincian dan juga keupayaan zum yang baik untuk pelbagai keadaan.

Seiring dengan ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan, vivo Malaysia akan mengadakan pra-tonton ekslusif untuk X200 FE di lokasi terpilih. Melaluinya, orang ramai berpeluang untuk menjadi yang terawal merasai sendiri pengalaman menggunakan peranti ini sebelum pelancarannya.
Tarikh dan lokasi acara (semua acara bermula pada jam 3:00 petang) :
21 Jun 2025 – Pusat Pengalaman dan Servis vivo, Mid Valley Southkey
27 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Setia City Mall
29 Jun 2025 – Kedai Konsep vivo, Gurney Plaza
Lebih menarik, pengunjung akan menerima cenderamata eksklusif dan jamuan ringan. Selain itu, 10 pendaftar terawal akan menikmati pengalaman bengkel minyak wangi percuma bernilai
RM150. Namun harus diingatkan, tawaran ini adalah terhad dan berkonsepkan siapa cepat, dia dapat.