HONOR telahpun menjadualkan acara pelancaran untuk siri Magic6 pada 10 Januari 2024. Terbaru, HONOR melalui Weibo turut mendedahkan rekaan untuk Magic6 secara rasmi.
Berdasarkan perkongsian tersebut, memperlihatkan yang Magic6 hadir dengan beberapa perubahan rekaan berbanding model sebelumnya. Paling ketara dapat dilihat pada rekaan kamera belakang yang menggunakan rekaan berbeza yang dipadankan dengan potongan jenis chamfered. Masih mengekalkan tetapan tri-kamera belakang dengan susunan sedikit berbeza dan tampak lebih simetri.
Selain itu, rekaan panel belakang turut tampil dengan pilihan warna unik yang dipadankan dengan kemasan abstrak seperti batu marmar. Pilihan warna tersebut dipanggil sebagai “Sea lake blue”. Rekaan sisi kini lebih bulat untuk memberikan keselesaan ketika dipegang.
Skrin hadapan masih lagi menggunakan rekaan Quad-Curved Floating Screen namun kedudukan kamera swafoto kini diletakkan di bahagian tengah berbanding di sebelah kiri pada model sebelumnya. Rekaan kamera swafoto masih lagi sama iaitu jenis punch hole dengan bentuk pil shape.