Close

Siri HONOR Magic6 akan diperkenalkan pada 10 Januari 2024

HONOR secara rasmi berkongsi tarikh acara khas yang akan berlangsung pada 10 Januari 2024 di China. Pada acara tersebut HONOR dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu siri Magic6 dan sistem operasi baharu iaitu MagicOS 8.0.

Siri Magic6 telahpun disahkan akan hadir dengan cip andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Maklumat lain mengenai spesifikasi siri Magic6 buat masa ini masih lagi menjadi tanda tanya. Menjadi tumpuan kali ini semestinya varian edisi terhad untuk siri Magic6 yang dibangunakn dengan kerjasama Porsche Design.

Selain itu, HONOR akan turut memperkenalkan sistem operasi baharu MagicOS 8.0 yang berasaskan Android 14. Sistem operasi baharu ini dijangka akan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan fungsi yang lebih menarik dari sistem operasi sebelumnya.

Pada ketika ini tidak banyak maklumat yang dikongsi oleh HONOR. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN