Beberapa pengguna iPhone 15 Pro melaporkan peranti mereka menghadapi masalah bateri membengkak secara tiba-tiba. Masalah ini dikatakan terjadi kepada iPhone 15 Pro yang dikeluarkan sekitar September hingga Oktober.
Selain itu, terdapat laporan mendedahkan yang Apple Store dikatakan telah menerima peningkatan kes untuk tuntutan jaminan bagi masalah bateri iPhone 15 Pro. Sekaligus, memberikan bayangan yang iPhone 15 Pro adalah model paling terjejas untuk masalah ini berbanding model iPhone 15 yang lain.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar kepada masalah bateri ini. Ia mungkin berkaitan mengenai isu pembuatan atau kawalan kualiti untuk unit awal iPhone 15 Pro.
Buat masa ini, Apple belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan balas mengenai masalah tersebut. Bagi pengguna yang terjejas masalah ini boleh diselesaikan melalui tuntutan jaminan melalui Apple Store.